Volvo Malaysia sasar lonjakan jualan 60% tahun ini

Volvo Malaysia sasar lonjakan jualan 60% tahun ini

Volvo Malaysia Sdn Bhd, pengedar jenama Volvo di Malaysia, menjangka jualan melonjak sebanyak 60 peratus tahun ini, dengan pengenalan model-model baharu.

Photo from volvocars.com/my/

Volvo Malaysia Sdn Bhd, pengedar jenama Volvo di Malaysia, menjangka jualan melonjak sebanyak 60 peratus tahun ini, dengan pengenalan model-model baharu.

Pengurus produk serantau Volvo Car Asia, Akhtar Sulaiman, berkata syarikat itu diunjur menjual kira-kira 1,300 unit kereta semua model tahun ini berbanding 800 unit tahun lepas.

Beliau berkata unjuran itu juga sejajar dengan pertumbuhan ramalan penganalisis industri, meskipun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar pada masa akan datang.

“Malah semasa kemelesetan sekali pun, yang akan terjejas teruk ialah segmen harga rendah berbanding segmen harga tinggi.

“Kemerosotan dalam pasaran khusus tidak sebesar penyusutan pasaran penggunaan meluas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model baharu, Volvo V60, semalam.

See also  Glow-in-the-dark road markings to expand across Selangor

Syarikat itu juga sedang merancang untuk melancarkan beberapa model berwajah baharu tahun ini untuk mempelbagai penawaran modelnya tetapi tidak akan membawa masuk model hibrid ke negara ini disebabkan oleh piawaian mutu bahan api, katanya.

Mengenai pasaran seberang laut, beliau berkata jualan serantau dijangka menyumbang lebih daripada 60 peratus kepada keseluruhan jualan tahun ini.

Akhtar berkata syarikat itu dijangka menjual 2,000 unit kereta di Thailand dan 100 unit di Indonesia tahun ini.

Pada masa ini syarikat itu mengeksport semua model yang dipasang di Malaysia ke Thailand manakala bagi pasaran Indonesia, ia menawarkan model XC60.

Model V60 yang dipasang di Malaysia dijangka menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jualan bulanan syarikat itu, katanya.

See also  JAECOO J7: Newest premium off-road SUV hits the roads

Dua varian yang diperkenal itu menampilkan enjin pemancitan terus petrol caj turbo dengan teknologi pemancitan terus terbaru Volvo.

Harga di atas jalan tanpa insurans ialah RM230,000 bagi varian T4 1.6 liter dan RM269,000 bagi varian T5 2.0 liter.

– Bernama