Lebih 40,000 keluarga di Perlis bakal nikmati BR1M

Lebih 40,000 keluarga di Perlis bakal nikmati BR1M

Lebih 40,000 keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 di Perlis bakal menikmati Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) mulai Ahad ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Lebih 40,000 keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 di Perlis bakal menikmati Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) mulai Ahad ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Katanya, fasa pertama agihan bantuan itu akan membabitkan 21,384 keluarga dengan setiap keluarga akan menerima RM500.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya semalam, Md Isa berkata, sebanyak RM10.69 juta akan diperuntukkan bagi agihan fasa pertama di 15 kawasan dewan undangan negeri sehngga 11 Feb ini.

Kumpulan pertama yang bakal menerima bantuan itu ialah bagi kawasan dewan undangan negeri Indera Kayangan membabitkan 1,081 keluarga manakala kumpulan terakhir bagi fasa pertama itu ialah 1,163 penerima bantuan bagi kawasan Sanglang.

See also  FICO Scores: Powering credit decisions worldwide

Md Isa berkata fasa kedua akan bermula Februari membabitkan 19,220 keluarga dengan jumlah bantuan yang akan dikeluarkan sebanyak lebih RM9.6 juta manakala jumlah penerima bagi fasa ketiga belum lagi diputuskan.

Katanya, lebih 50,000 keluarga telah memmohon BR1M tetapi ada juga permohonan yang belum diproses kerana beberapa masalah teknikal termasuk borang yang diisi tidak lengkap.

– Bernama