DiGi ungguli senarai Carbon Disclosure Project 2011

DiGi ungguli senarai Carbon Disclosure Project 2011

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) ditempatkan pada kedudukan nombor 1 di Malaysia dalam laporan ‘Carbon Disclosure Project (CDP)’ 2011 baru-baru ini sebagai pengiktirafan kepada penyepaduan kegiatan penzahiran dan pengurangan karbon syarikat itu.

Ia juga disenaraikan pada kedudukan nombor 5 dalam kategori ‘Asia, kecuali Jepun, India, China, Korea’, kata DiGi dalam satu kenyataan semalam.

Laporan itu dikeluarkan oleh CDP, sebuah organisasi tidak mencari untung yang memiliki pangkalan data maklumat terbesar di dunia mengenai perubahan besar iklim syarikat-syarikat besar.

Ia meneliti ukuran dan strategi mengenai pelepasan gas rumah hijau, penggunaan air dan perubahan iklim lebih 3,000 organisasi dalam ekonomi-ekonomi besar seluruh dunia.

Menurut laporan itu, markah 81 mata DiGi berada pada kedudukan tinggi pada Skala Pendedahan Karbon berbanding ukuran asas 70 mata.

“Anugerah ini menunjukkan usaha kami untuk membina perniagaan lestari mendapat pengiktirafan di peringkat global dan kami setanding dengan rakan-rakan kami di Asia dari segi ini.

“Bagi masa depan, cita-cita kami ialah untuk terus menyepadukan ciri-ciri mesra alam yang relevan dalam perniagaan kami, dan mempertimbangkan alam sekitar di mana boleh,” kata ketua hal ehwal korporatnya, Zaiton Idrus.

– Bernama