Ongkili: Serangan siber ancamm kesejahteraan social

Ongkili: Serangan siber ancamm kesejahteraan social

Ancaman serangan siber dan peningkatan jenayah siber boleh melumpuhkan komponen utama Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara, kata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ancaman serangan siber dan peningkatan jenayah siber boleh melumpuhkan komponen utama Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara, kata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata fenomena global ini juga boleh menjejaskan urusan pengguna Internet, perbadanan dan kerajaan.

“Dalam dunia yang semakin bersifat tanpa sempadan dan digerakkan oleh teknologi ini, keselamatan negara tidak boleh lagi dilihat sebagai suatu isu terpencil,” kata Ongkili dalam ucapannya yang dibacakan pengerusi CyberSecurity Malaysia Jen Tan Sri Mohd Azumi Mohammed pada majlis pelancaran penyelesaian keselamatan Internet Perisai Premier Edition semalam.

Beliau berkata kejadian terbaru dan pelbagai kajian kes menunjukkan masalah ini tidak pernah berkurangan.

Menyedari ancaman yang wujud dalam dunia siber, kerajaan menggubal Dasar Keselamatan Siber Negara yang merangkumi peraturan dan undang-undang, aspek kerjasama awam-swasta dan perkara berkaitan institusi dan antarabangsa, katanya.

Ongkili berkata dasar itu digubal untuk menangani risiko yang mengancam Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara yang merangkumi rangkaian sistem maklumat 10 sektor kritikal.

Tahun lepas, CyberSecurity Malaysia menerima 15,218 laporan berkaitan keselamatan siber melalui pusat bantuan Cyber999.

Menurut Ongkili, jumlah itu menunjukkan peningkatan 88 peratus dari tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Husin Jazri memberitahu pemberita bahawa kadar ancaman siber di Malaysia lebih rendah berbanding negara lain.

“Walaupun tiada siapa menyangka Malaysia akan diserang orang tidak dikenali kerana Malaysia negara aman, tetapi ada orang tidak dikenali menyerang kita” katanya merujuk kepada kes serangan siber di negara ini.

– Bernama