RTM dan JKM jalin kerjasama terbit dokudrama

RTM dan JKM jalin kerjasama terbit dokudrama

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyiarkan slot terbaru Dokudrama bertajuk “Sinar Itu Hadir Jua” bermula Ahad ini.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyiarkan slot terbaru Dokudrama bertajuk “Sinar Itu Hadir Jua” bermula Ahad ini.

Timbalan Pengarah Seksyen Produksi Bahagian Program TV Norliza Mohd Ali berkata rancangan 13 episod itu akan bersiaran setiap Ahad selama 30 minit bermula pada 4 petang di saluran TV1.

“Rancangan ini bertujuan memaparkan kisah kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dipilih dan ternyata berjaya mengubah nasib kehidupan mereka setelah mendapat bantuan JKM.

“Kita bukan hanya menyalurkan bantuan tetapi turut menyediakan khidmat bimbingan dan motivasi kepada penerima bantuan yang berpotensi memajukan diri ke arah kehidupan lebih baik,” katanya pada sidang media di Angkasapuri.

See also  TaiwanPlus offers free channel on MYTV Mana-Mana

Beliau berkata rancangan yang dikendalikan sepenuhnya oleh RTM dan JKM itu diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan transformasi sikap kepada penonton terutamanya golongan senasib agar lebih bersikap produktif dan positif.

Sementara itu Pengarah Bahagian Ekonomi Bantuan JKM Rosmahwati Ishak berkata dalam rancangan itu, selain JKM memberi bantuan kewangan, ia juga berperanan memberikan bimbingan dan motivasi serta latihan kemahiran kendiri termasuk kraftangan dan perniagaan kepada golongan terbabit.

“Mereka ini sekiranya diberi peluang dan suntikan intervensi oleh pegawai JKM, mereka boleh memajukan diri dan berdikari,” katanya.

Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Heliza Helmi merupakan pengacara bagi rancangan “Sinar Itu Hadir Jua”.

– Bernama

See also  Syasya bids farewell to DOLLA