DAP mencadangkan dana wakaf Sabah bernilai RM1bilion

SABAH – Satu dana wakaf Sabah bernilai RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat jika mendapat mandat menjadi kerajaan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Lim Guan Eng di Kota Kinabalu

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah merasmikan Perayaan Kaamatan atau Pesta Menuai anjuran DAP pada Mei, 2012 di sebuah restoran di Bukit Padang.

Dalam ucapan beliau, satu dana wakaf Sabah bernilai RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat jika mendapat mandat menjadi kerajaan pada pilihanraya umum yang akan datang.

DAP mencadangkan dana wakaf Sabah yang bernilai RM1 billion yang akan dibahagikan kepada  3E iaitu membina modal insan dengan menyediakan peluang pendidikan, meningkatkan taraf ekonomi Bumiputra Sabah dan membasmi kemiskininan

“Sabah merupakan salah satu negeri yang terkaya di Malaysia tetapi kini ia menjadi sebaliknya kerana masalah rasuah yang begitu hebat. Ini boleh dilihat dengan kadar kemiskinan yang tertinggi dicatatkan di Malaysia,” kata Lim.

“Masa sudah tiba untuk kita menghormati rakyat Sabah dan membenarkan mereka untuk hidup dengan bermartabat. BN telah menggagalkan Sabah, bukan sahaja dengan memberi balik hanya 5 peratus hasil minyak dan gas tetapi juga dengan menetapkan gaji minima RM800 untuk Sabah dan Sarawak berbanding RM900 di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Lim berkata bahawa Sabah mempunyai kadar  bekalan air yang kedua terendah ini kerana peningkatan populasi yang “tidak dapat dijelaskan”, bilangan pendatang tanpa izin (PATI) yang paling tinggi, kadar kemiskinan yang paling tinggi, bekalan tenaga elektrik yang paling kurang efisyen serta antara negeri yang paling tinggi rasuahnya.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian builders 

“Bekalan tenaga elektrik adalah begitu teruk sehingga  orang kata bahawa ‘Sandakan itu bukan Sandakan jika tanpa gangguan elektrik’.Bulan lepas, terdapat gangguan elektrik yang begitu besar hingga bandar Kota Kinabalu seakan lumpuh,” kata beliau.

Lim kata bahwa masa sudah tiba untuk menangani lima isu utama iaitu:

1. Penegaskan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia, yang telah membuka jalan untuk penyertaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16hb September 1963,memastikan pematuhan penuh termasuk menghormati hak agama rakyat Kristian di Sabah untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam Kitab Injil.

2. Meningkatkan perjanjian perkongsian hasil sumber asli minyak dan gas Sabah daripada 5% sekarang kepada 20%.

3.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca peningkatan pendatang tanpa izin (PATI) yang melebihi penduduk tempatan dan memeriksa aliran masuk PATI yang tidak terkawal dengan matlamat untuk menghukum pegawai-pegawai yang menyalahgunakan kuasa mereka denganmemberi PR dan kerakyatan kepada PATI.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

4. Menghindari rampasan tanah dan rasuah agar wang yang disimpan boleh digunakan untuk membina infrastruktur jalan raya, longkang dan liputan bekalan air serta bekalan elektrik yang cekap.

5. Menyediakan dana wakaf Sabah bernilai RM1 billion yang akan memberikan bantuan wang kepada golongan miskin, menyediakan peluang ekonomi yang saksama, menawarkan biasiswa kepada mereka yang memerlukan dan memasang internet percuma di tempat-tempat awam bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung.

“Pulau Pinang sudah menyediakan internet percuma di tempat-tempat awam di seluruh Pulau Pinang. Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, Sabah juga boleh,” katanya.

Lim berkata urus tadbir yang baik di negeri Pulau Pinang telah membuktikan bahawa sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat boleh menjadikan kita nombor satu dari segi pelaburan dan juga menjadi bandar yang paling sesuai didiami di Malaysia.

“Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, dengan kekayaan sumber asli dan tenaga manusia, Sabah juga boleh menjadi bersih, hijau, selamat dan sihat. Kita hanya perlu berani untuk berubah. Perubahan akan membebaskan kamu!” katanya.

David Thien