Langkawi tuan rumah kejohanan sukan layar peringkat dunia 2015

Langkawi tuan rumah kejohanan sukan layar peringkat dunia 2015

Pulau Langkawi diberi penghormatan oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) untuk menjadi tuan rumah kejohanan sukan layar peringkat dunia pada 2015.

Photo by vale t

Pulau Langkawi diberi penghormatan oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) untuk menjadi tuan rumah kejohanan sukan layar peringkat dunia pada 2015.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata Kejohanan ISAF Belia Dunia akan dianjurkan selama 10 hari pada bulan Disember 2015 membabitkan seramai 1,200 pelayar dari 80 negara.

“Langkawi pernah menjadi tuan rumah pada Kejohanan IODA World Sailing Championship pada tahun lepas,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu pelayar pelapis negara, Ahmad Shukri Abdul Aziz gagal menyerlah dan hanya menduduki tangga keenam pada Kejohanan IODA World Sailing Championship yang sedang berlangsung di Napier, New Zealand.

Kejohanan 10 hari itu disertai seramai 218 pelayar dari 48 negara dan Malaysia menghantar lima pelayar.

See also  Penang Island Paddlerz Club opens door to dragon boating

“Pada tahun lepas Ahmad Shukri menduduki tempat kedua keseluruhan negara-negara yang bertanding dan Juara Lelaki,” katanya.

– Bernama