Konvoi bermotosikal banteras gejala rempit

Konvoi bermotosikal banteras gejala rempit

Kelab Utara Bikers akan mengadakan konvoi bermotosikal “The Return of Jom Jem Penang 2012” di Padang Kota Lama di sini bulan depan bagi membanteras budaya merempit.

Kelab Utara Bikers akan mengadakan konvoi bermotosikal “The Return of Jom Jem Penang 2012” di Padang Kota Lama di sini bulan depan bagi membanteras budaya merempit.

Presidennya, Norhalim Abdul berkata program itu akan membuka ruang kepada peminat sukan permotoran untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

“Menerusi program ini, kita juga akan menganjurkan klinik motosikal yang akan dikendalikan oleh pelumba dari pasukan Petronas yang pesertanya boleh mempelajari cara tunggangan yang selamat,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia akan turut memberi ceramah kepada peserta tentang keselamatan jalan raya.

Sebanyak 1,500 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan rendah dijangka menyertai konvoi tersebut.

See also  Glow-in-the-dark road markings to expand across Selangor

– Bernama