Wanita ditemui mati dengan tangan terikat di tangga pangsapuri

Wanita ditemui mati dengan tangan terikat di tangga pangsapuri

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan terlentang dan tangan terikat dengan kain batik serta kesan darah di kepala di tangga tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Jalan Sentul Bahagia, semalam.

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan terlentang dan tangan terikat dengan kain batik serta kesan darah di kepala di tangga tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Jalan Sentul Bahagia, semalam.

Menurut seorang penduduk di situ yang enggan dikenali, mangsa yang hanya dikenali sebagai Siva, 62, ditemui mati kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh pengawal keselamatan serta kakaknya.

“Mangsa sepatutnya pergi ke kuil bersama kakaknya semalam, namun mangsa gagal dihubungi membuatkan kakaknya membuat keputusan mencarinya di rumahnya di tingkat lapan pangsapuri tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Namun kakak mangsa mendapati pintu rumah adiknya terbuka tetapi tiada sesiapa di dalamnya sebelum menemui mangsa yang mati di tangga berkenaan dan lengkap berpakaian.

Difahamkan mangsa tinggal berseorangan di pangsapuri tersebut sejak sembilan tahun lalu. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan gagal dihubungi untuk pengesahan.

– Bernama