Dr Jeyakumar seru pihak polis bantu penduduk Green Cow

 

Penduduk Kea Farm di Green Cow, Cameron Higlands yang dirundung masalah pencerobohan tanah kini berhadapan dengan masalah ugutan sehingga ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar terpaksa campur tangan.

Menurut kenyataan media, mereka telah didatangi oleh 15 orang samseng yang telah merobohkan kandang kambing serta diugut dengan menggunakan pistol. Apabila mereka membuat laporan di balai polis, pegawai di sana telah memperlekehkan laporan mereka.

Jeyakumar sebagai wakil penduduk telah membuat laporan kepada ASP Azmi bin Mahmood di ibu pejabat polis daerah Brinchang, dan memaklumkannya bahawa penduduk Green Cow berpendapat bahawa pihak polis berat sebelah kerana gagal mengambil tindakan terhadap pihak yang berkaitan.

Menurut Jeyakumar,  pegawai polis tersebut mempertahankan pendekatan mereka dengan menyatakan bahawa kes ini masih dalam siasatan.

Jeyakumar juga berpendapat bahawa kelemahan polis menangani kes ini akan memberi mesej yang tidak diingini .

Menurutnya lagi masalah tanah di antara pemaju dan penduduk harus diselesaikan melalui perbincangan ataupun melalui tindakan mahkamah, bukan dengan kekerasan atau ugutan.

Jeyakumar juga menyeru supaya pihak polis daripada Bukit Aman menyiasat samada wujudnya sebarang persuhabatan antara pegawai polis Brinchang dengan pihak pemaju.

Sebelum ini penduduk Kea Farm ini berhadapan dengan kerja pengondolan tanah yang telah menyebabkan hubungan kawasan perubahan dan kebun terputus.

Ini adalah berikutan pembangunan oleh Pemaju LTT Development Sdn Bhd yang bercadang untuk  membina enam blok kedai pejabat empat tingkat yang berjumlah 65 unit dengan 256 unit tempat letak kereta.

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE