Pesta Kaamatan anjuran Jasa

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menganjurkan pesta kaamatan dikampung Mansiang, menggatal pada 31hb Mei 2012.

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) telah menganjurkan pesta kaamatan dikampung Mansiang, menggatal pada 31hb Mei 2012.

Menurut penolong pengarah Jasa P171 Sepanggar, Mohd Fareez Azrul Adnan, mereka memilih Kampung ini kerana kampung ini belum pernah dilawati oleh pihak Jasa.

Objektif utama mereka menggadakan Pesta Kaamatan dikawasan ini ialah untuk mengeratkan hubungan diantara pemimpin dan masyarakat. Pesta Kaamatan ini dirasmikan oleh pengerusi BN bahagian P171 Sepanggar Jumat Idris.

Antara program yang dijalankan adalah seperti pertandingan Ratu cantik, pertandingan makanan tradisional dan pertandingan sugandoi (Bintang Kaamatan).

Mohd Fareez menggatakan Pihak Jasa banyak menjalankan aktiviti untuk memenuhi program Jasa sepanjang tahun ataupun sepanjang 12 bulan ini.

Mereka juga cuba mendengar masalah dan keluhan penduduk setempat serta cuba memenuhi permintaan mereka seperti pembinaan padang futsal, pemberian zink untuk bumbung , tangki dan papan untuk tujuan pembaikkan rumah yang usang.

Rita Benjamin