Forum Pekerja Asing – Kebaikan atau Ancaman,disampaikan oleh pucuk pimpinan IKRAM Negeri Johor, Haji Mohd. Hafidzuddin Raja bin Abdullah pada sambutan hari pekerja pada 6 Mei 2012 di Johor Bahru baru-baru ini.
Forum ini menyentuh isu-isu hak pekerja asing, kebaikan mereka kepada negara dan kesan buruk kehadiran mereka terhadap penduduk tempatan.
Sambutan berkenaan pada awalnya cuba diganggu oleh pihak MBJB dengan menutup parking dan lif bangunan tersebut, Walaubagaimanapun, program sambutan kemudian diteruskan dengan beberapa persembahan kebudayaan dan ceramah berkaitan dengan perjuangan pekerja di negara ini.
Sambutan ini adalah anjuran gabungan NGO badan bukan kerajaan di Negeri Johor iaitu Pusat Pembangunan Budaya Lim Lian Geok (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru), Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor, Persahabatan Semparuthi, IKRAM Johor, HINDRAF Makkal Sakti Johor, Persatuan Ulama Malaysia (Johor), Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor dengan tema “Pekerja Berganding, Masa Depan Terjamin!”