Persidangan Wanita SAPP

KOTA KINABALU – Persidangan ini dihadiri oleh kira-kira 1200 perwakilan dan tetamu kehormat yang hadir ialah timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan beberapa wakil dari parti-parti pembangkang yang lain seperti Parti Star, Desah dan DAP.

Melanie Chia ketika memberikan ucapan

Baru – baru ini persidangan Wanita SAPP diadakan didewan Star city, Asia city, Kota Kinabalu. Persidangan ini dihadiri oleh kira-kira 1200 perwakilan dan tetamu kehormat yang hadir ialah timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan beberapa wakil dari parti-parti pembangkang yang lain seperti Parti Star, Desah dan DAP.

Dalam ucapan dasarnya, ketua wanita SAPP Melanie Chia berkata, wanita harus berani tampil kehadapan berjalan seiring dengan lelaki untuk menerajui kepimpinan politik yang sekarang ini dipelopori oleh kaum adam sahaja..Wanita harus berani menyahut cabaran, jangan berada ditakuk lama, wanita tidak harus berada didapur sahaja memasak dan menjaga kepentingan keluarga sahaja.

Status wanita berkahwin tidak menghalang wanita untuk berkecimpung didalam bidang profesional, terutama sekali dalam bidang politik.

“Tangan yang menghayun buaian jangan disangka tidak dapat menggegarkan dunia,” kata Melanie.

Melanie juga menggatakan bahawa peranan wanita didalam bidang politik sangat besar dan berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan penuh dengan keberadaan wanita dalam dunia politik seiring dengan lelaki.

Rita Benjamin