Polis rampas dua senjata tiruan di Bukit Bintang

Polis rampas dua senjata tiruan di Bukit Bintang

Polis Kuala Lumpur merampas dua laras senjata api tiruan yang menyerupai senjata sebenar ketika menyerbu sebuah hotel empat bintang di Bukit Bintang malam tadi.

Polis Kuala Lumpur merampas dua laras senjata api tiruan yang menyerupai senjata sebenar ketika menyerbu sebuah hotel empat bintang di Bukit Bintang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun yang bekerja sebagai jurutera  industri minyak dan gas, dalam serbuan pukul 10.30 malam hasil maklumat orang awam.

“Polis turut merampas lima buah kelopak, satu gas silinder dan dua balang  plastik berisi 233 butir pallet,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis sedang menyiasat tujuan lelaki itu menyimpan senjata tiruan itu termasuk kemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah.

Amar Singh berkata senjata yang dipercayai dibawa masuk dari Amerika Syarikat itu lebih berat daripada senjata api tiruan yang lain dan “ia lebih bersifat realistik”.

Beliau berkata lelaki yang ditahan itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

– Bernama