Kes pampasan RM38 juta milik orang asli bermula

JOHOR BAHRU – Orang asal daripada suku Jakun mendakwa, wang pampasan telah diseleweng oleh peguam yang dilantik sebagai pemegang amanah.

Lebih seratus orang asal akan berkumpul di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pagi ini untuk mendengar kes tuntutan pampasan mereka yang didakwa telah diseleweng oleh peguam yang dilantik sebagai pemegang amanah.

Menurut laporan terdahulu, Kerajaan negeri Johor telah mengambil alih 53,000 ekar tanah di Linggiu, Kota Tinggi untuk pembinaan empangan di kawasan tadahan Sungai Linggiu.

Akibat daripada pembinaan tersebut, orang asal yang tinggal di Kampung Sayong Pinang, Kampung Pasir Assam dan Kampung Semanggar Dalam, kehilangan tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka dan ditawarkan pampasan RM500,000 kerana hilang punca rezeki daripada hutan.

Urutan daripada tawaran pampasan tersebut orang asal termasuk Saling Lau Bee Chiang membawa kes itu ke mahkamah bagi mendapatkan pampasan yang dianggap lebih adil dan pada 19 Dis 1995, Mahkamah Tinggi Johor Baharu mengarahkan kerajaan negeri Johor membayar pampasan dan faedah kepada mereka berjumlah RM38 juta.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Masyakarakat orang asal yang terbabit kini diwakili oleh firma guaman Ragumaren & Co menuntut ketelusan dan juga meminta agar pembayaran pampasan tersebut diberikan.

Kes ini yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru akan bermula hari ini sehingga Jun 22.

Amirull Salihing