Musa Aman mahu Karnival Krismas Gaya dianjurkan lebih besar

Musa Aman mahu Karnival Krismas Gaya dianjurkan lebih besar

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu Karnival Krismas Gaya dianjurkan dengan lebih besar pada tahun depan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu Karnival Krismas Gaya dianjurkan dengan lebih besar pada tahun depan.

Beliau berkata karnival itu mempunyai potensi untuk menarik kunjungan pelancong ke Sabah memandangkan Krismas telah menjadi sambutan sejagat yang sinonim dengan percutian di seluruh dunia.

Katanya penduduk Eropah, terutamanya, yang melarikan diri daripada musim sejuk semasa Krismas, boleh dipikat supaya datang ke Sabah untuk mengisi cuti Hari Natal jika mereka sedar bahawa Krismas disambut dengan meriah di sini.

“Dengan perancangan dan pemasaran yang sewajarnya, di samping persediaan rapi, Jalan Gaya dan kawasan persekitarannya boleh diubah menjadi taman pari-pari Krismas yang bersemangat serta penuh warna-warni,” katanya pada ucapan perasmian karnival itu di sini malam ini.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Musa menasihati agar perancangan awal dilakukan untuk merealisasikan hasrat itu dan kerajaan negeri akan membantu dalam apa cara yang boleh.

Beliau berkata karnival itu adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua, tanpa mengira kaum dan agama, memandangkan ia menggalakkan keharmonian sosial.

– Bernama