Majlis fatwa didesak nyatakan pendirian

KUALA LUMPUR – DPPM mahu Majlis Fatwa menyatakan pendirian mereka dalam isu pilihanraya di musim haji.

Desas desus tentang bila pilihanraya umum akan diadakan telah menjadi perbualan hangat di segenap pelusuk negara kita.

Dari petani di ceruk kampung hinggalah ke golongan professional, masing-masing mempunyai pendapat dan persepsi sendiri mengenai isu ini.

Apabila kedengaran  bekas timbalan syeikh Universiti Al – Azhar  bersetuju dan menyokong kerajaan Malaysia pimpinan BN mengadakan pilihanraya pada musim haji , ramai pemimpin terutamanya dari pimpinan pembangkang risau jika ianya menjadi kenyataan.

Apabila kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan supaya ahli ahli dan para penyokong PAS yang bakal menunaikan haji pada tahun ini agar menundakan haji mereka, seperti biasa ianya mendapat kecaman hebat dari media arus perdana.

Kenyataan Tuan Ibrahim yang menyarankan agar calon dan wakil PAS yang terlibat dalam pengurusan pilihanraya menundakan haji mereka sekiranya Perdana Menteri berkeras mahu mengadakan pilihanraya pada musim haji telah dimanipulasi.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dengan tegasnya mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengamalkan “double standard” dalam menyatakan pendirian mereka dalam isu pilihanraya di musim haji ini.

DPPM juga dengan nada sinis menyatakan agar majlis fatwa mampu bersuara bukan sahaja dalam hal yang berkaitan dengan pihak pembangkang sahaja tetapi juga dapat mengeluarkan fatwa dan menyatakan pendirian yang tidak berat sebelah.

Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam kapasitinya sebagai penasihat utama kepada kerajaan pusat dalam hal hal yang berkaitan fatwa dan kemashalatan masyarakat Islam di negara ini adalah penting dan ia juga harus menjadi sumber rujukan utama dalam mengemukan pendirian dan juga fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan dengan hukum hakam itu sendiri.

Selaras dengan itu adalah wajib isu-isu besar seperti mengadakan piliharaya umum semasa musim haji diambil perhatian yang serius dari ulama ulama tersohor di negara kita yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal hal yang berkaitan dengan fatwa dan undang undang di dalam Islam.

DPPM selaku saf pimpinan pemuda Islam di negara ini berharap pihak yang berwajib memegang amanah besar ini tidak mengambil sikap acuh tak acuh dalam hal ini dan juga berharap majlis fatwa dapat mengekalkan integritinya sebagai rujukan utama masyarakat Islam dan tidak berat sebelah dalam hal ini demi menjaga kerukunan dan kemuliaan Islam di Malaysia.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.