Gabungan Tanah Rakyat serah memorandum

Satu upacara penyerahan memorandum daripada Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) kepada pejabat menteri besar Johor telah diadakan di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya, pada jam 11.00 pagi semalam.

Delegasi TANAH diketuai oleh Mazlan Aliman, selaku pengerusi TANAH dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Johor, di antaranya, ADUN Skudai Dr. Boo Cheng Hau, naib pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan ketua dewan pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat,

Memorandum TANAH telah diterima oleh exco perumahan, kerajaan tempatan, karja raya dan kemudahan awam, yang mewakili pejabat menteri besar Ahmad Zahri Jamil.

Sebaik sahaja selesainya penyerahan memorandum, Mazlan Aliman dalam sidang media berikutnya telah mengatakan bahawa satu himpunan besar besaran akan diadakan sekiranya kerajaan negeri enggan mengambil sebarang langkah langkah menyelesaikan isu isu tanah yang telah dibangkitkan dalam memorandum.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE