Najib akan lancar pelan induk pelancongan Langkawi hari ini

Najib akan lancar pelan induk pelancongan Langkawi hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Pelan Induk Pelancongan Langkawi bagi memperkasakan sektor pelancongan di pulau Lagenda ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Pelan Induk Pelancongan Langkawi bagi memperkasakan sektor pelancongan di pulau Lagenda ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Langkawi mempunyai khazanah alam bertaraf dunia meliputi pulau yang mempesonakan, pantai yang bersih dan kaya dengan biodiversiti.

“Kita ada wawasan dan matlamat untuk tempoh empat tahun akan datang, perlu ada pelan induk untuk gariskan strategi dan inisiatif supaya objektif tercapai.

“Langkawi perlu dibangunkan sebagai satu tempat pelancongan yang lestari,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat mengenai pelancaran pelan induk berkenaan, semalam.

Beliau berkata, pelancaran itu akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di pulau ini, hari ini.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

– Bernama