Trafik penumpang KLIA bulan Oktober naik 5.6 peratus

Trafik penumpang KLIA bulan Oktober naik 5.6 peratus

Trafik aliran penumpang di KLIA meningkat 5.6 peratus kepada 3.056 juta penumpang pada bulan Oktober 2011 daripada 2.894 juta penumpang dalam bulan yang sama tahun lepas.

Trafik aliran penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat 5.6 peratus kepada 3.056 juta penumpang pada bulan Oktober 2011 daripada 2.894 juta penumpang dalam bulan yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 2.153 juta ialah penumpang antarabangsa dan 902,394 ialah penumpang domestik, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata pergerakan penumpang di lapangan terbang yang lain di bawah pengurusannya menyaksikan kenaikan 6.1 peratus kepada 2.075 juta penumpang dalam bulan Oktober tahun ini daripada 1.955 juta penumpang sebelumnya.

MAHB berkata pergerakan kargo di KLIA turun 2.6 peratus kepada 59.079 juta kg daripada 60.633 juta kg sebelumnya.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Untuk lapangan terbang yang lain, pergerakan kargo turun 10.1 peratus kepada 19.736 juta kg daripada 21.960 juta kg sebelumnya, katanya.

Pengendali lapangan terbang itu berkata pergerakan pesawat KLIA mengukuh 7.4 peratus kepada 22,811 pada Oktober 2011 daripada 21,234 dalam bulan yang sama tahun lepas.

Untuk lapangan terbang yang lain, pergerakan pesawat meningkat 8.5 peratus kepada 30,593 berbanding 28,206 sebelumnya.

– Bernama