Gelanggang futsal tidak diselenggara di Melaka

MELAKA – Gelanggang futsal tidak dijaga walaupun peruntukkan telah disalurkan bagi tujuan penyelengaraan.

Ahli dewan undangan negeri untuk kawasan Kota Laksamana, Betty Chew Ghek Cheng memberitahu bahawa Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan sejumlah RM 8.4 juta bagi pembinaan gelanggang futsal di Melaka yang bernilai RM150,000 bagi setiap satu gelanggang futsal.

Setiap kawasan dewan undangan negeri (DUN) akan memperolehi dua gelanggang futsal yang mana merangkumi sebanyak 28 DUN. Jumlah gelanggang futsal bagi 28 DUN adalah berjumlah 56 buah gelanggang seperti yang diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2008.

Sinki rosak

Beliau menyatakan bahawa Jawatan Kuasa Kecil Kampung (JKK)  tidak menyelia gelanggang tersebut walaupun peruntukkan telah disalurkan terutama bagi tujuan penyelengaraan.

Lokasi gelanggang futsal yang  terletak dalam kawasan Kota Laksamana ialah di Taman Aunler, Kg. Lapan dan satu lagi gelanggang terletak di Taman Kota Laksamana.

Keadaan gelanggang ini sudah semestinya tidak akan menarik orang muda untuk menggunakan kemudahan ini.

Kerosakan harta benda juga didapati telah berlaku di kawasan gelanggang ini seperti  tandas rosak, sinki dan suis pecah serta tiada bekalan air dan  elektrik.

ADUN Kota Laksamana, Betty Chew Ghek Cheng

Azmi

Photographer