Warga emas maut terjatuh dari pokok petai di Baling

Warga emas maut terjatuh dari pokok petai di Baling

Seorang warga emas maut setelah dikatakan terjatuh dari sebatang pokok petai di Kampung Banggol Wan B, petang semalam.

Seorang warga emas maut setelah dikatakan terjatuh dari sebatang pokok petai di Kampung Banggol Wan B, petang semalam.

Mayat Osman Ismail, 72, ditemui penduduk yang melalui di bawah pokok itu pada 4.15 petang.

Turut ditemui di tempat kejadian ialah beberapa tangkai buah petai yang sudah dipetik mangsa sebelum terjatuh.

Anak perempuan mangsa, Faridah Osman, 43, berkata bapanya keluar daripada rumah kira-kira 2 petang.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mohd Daud Md Hasan mengesahkan kejadian itu.

– Bernama