Peraturan serah salinan buku kepada PNM akan diperketat

Peraturan serah salinan buku kepada PNM akan diperketat

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan memperketatkan peraturan mewajibkan semua penerbit buku dalam negara menyerahkan lima salinan setiap buku terbitan mereka kepada badan itu.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan memperketatkan peraturan mewajibkan semua penerbit buku dalam negara menyerahkan lima salinan setiap buku terbitan mereka kepada badan itu tahun depan selaras dengan peruntukan Akta Penyerahan Bahan Perpusatakaan 1986.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penerbit yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya ia adalah tuntutan tuntutan undang-undang di mana lima salinan hendaklah diserahkan kepada Perpustakaan Negara, dan tindakan boleh diambil sekiranya peraturan itu tidak dipatuhi.

“Ketika ini ramai penerbit tidak menghormati peruntukan ini menyebabkan senarai penerbitan dalam negara tidak lengkap,” kata Rais kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan Stars Publications (M) Bhd bertajuk “Hotshots: 40 Year of Great News Images by Star Photographers” semalam.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Menurutnya pengumpulan bahan terbitan tempatan oleh Perpustakaan Negara adalah bagi tujuan memastikan bahawa semua penerbitan buku di dalam negara dapat direkodkan.

Di bawah Seksyen 4(3) akta berkenaan, penerbit yang gagal menyerahkan bahan terbitan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 jika didapati bersalah oleh mahkamah.

Sementara itu merujuk kepada buku fotografi yang dilancarkan hari ini Rais berkata industri penerbitan buku dalam negara yang memaparkan penulisan bersama gambar ketika ini dilihat semakin menarik perhatian orang ramai.

Beliau berkata sejak dua tahun lepas lebih 206,000 buku diterbitkan dalam negara, dan hasil jualan buku pula meningkat kira-kira RM2 billion setahun.

“Kementerian akan menambah dana bantuan penulis kepada Perpustakaan Negara, yang kini diperuntukan kira-kira RM2 juta setahun, bagi menggalakkan lebih ramai penulis tempatan melahirkan karya mereka,” katanya.

See also  Sunway Uni hosts Times Higher Education Asia Summit

Buku “Hotshots:40 Year of Great News Images ” memaparkan gambar-gambar yang dirakam oleh jurugambar Stars Puiblication sempena ulangtahun ke-40 syarikat akhbar itu.

Buku setebal 249 muka surat itu memuatkan gambar mengenai pemimpin kerajaan, politik, sukan, konflik dan bencana alam, dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara dengan harga RM59.90 senaskhah.

– Bernama