LEGOLAND Malaysia tepati jadual dibuka pada 2012

LEGOLAND Malaysia menepati jadual bagi pembukaannya pada 2012 di Iskandar Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, LEGOLAND Malaysia mengumumkan pemasangan kerangka keluli bagi ujian landasan permainan ikonnya iaitu ‘roller coaster’ yang diberi nama LEGO TECHNIC, dan penjualan pas tahunan.

Bagi suatu tempoh yang terhad, LEGOLAND Malaysia menawarkan pas tahunan pra pembukaan pada harga RM195 bagi orang dewasa (harga biasa RM275) dan RM150 bagi kanak-kanak (harga biasa RM210).

Pas masuk berharga RM140 bagi orang dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak manakala pemegang Mykad mendapat rebat RM30 di pintu masuk.

LEGOLAND Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia Pasifik dan yang keenam di dunia.

– Bernama