PBB anjur seminar hak asasi manusia pada Khamis

PBB anjur seminar hak asasi manusia pada Khamis

Sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut masyarakat dunia pada setiap 10 Dis, PBB di Malaysia akan menganjurkan satu seminar Hak Asasi Manusia di negara ini.

Sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut masyarakat dunia pada setiap 10 Dis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia akan menganjurkan satu seminar Hak Asasi Manusia bagi membincangkan mengenai hak asasi di negara ini.

Seminar sehari yang akan diadakan di Hotel Park Royal pada Khamis ini akan menghimpunkan pihak berkepentingan kerajaan dan bukan kerajaan untuk suatu dialog yang positif bagi membincangkan keadaan hak asasi manusia di Malaysia, demikian menurut satu kenyataan Program Pembangunan PBB (UNDP) – Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam hari ini.

Sambutan Hak Asasi Manusia 2011 akan mengetengahkan pencapaian pejuang hak asasi manusia dan sekali lagi akan menekankan kepada peranan utama kerajaan.

Pihak-pihak yang berminat boleh menghubungi Linda Tham melalui nombor  03-20915116 atau e-mel [email protected] bagi menempah tempat untuk  menghadiri seminar berkenaan.

– Bernama