Jamil Khir: Portal IslamGrid sumber rujukan umat Islam

Jamil Khir: Portal IslamGrid sumber rujukan umat Islam

Portal IslamGRID yang dilancarkan hari ini merupakan satu pusat sumber rujukan bagi mendapatkan panduan, bimbingan dan penerangan berkaitan dengan ajaran Islam, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Portal IslamGRID yang dilancarkan hari ini merupakan satu pusat sumber rujukan bagi mendapatkan panduan, bimbingan dan penerangan berkaitan dengan ajaran agama Islam khususnya untuk umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata pelaksanaan portal menerusi penggunaan sistem teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu merupakan satu platform yang diharap dapat dimanafaat oleh seluruh masyarakat di Malaysia.

“Kita menyedari bahawa semua teknologi itu adalah alat dan saluran. Di samping kandungan yang baik dan bermanfaat ia membenarkan juga penyebaran kandungan dari luar yang ‘tidak baik’.

“Oleh itu ,kita perlu menyediakan kandungan berasaskan Islam yang tulen dan sebenar bagi mengimbangi ‘kebanjiran kandungan luar’ yang boleh mengancam akidah umat Islam,” katanya kepada media selepas merasmikan seminar IslamGRID kali kedua 2011 dan pelancaran program rancangan realiti televisyen Adik-adikku Musim Ke-3, hari ini.

See also  APU lecturer Eekang Ooi earns top design certification 

Jamil Khir berkata pelaksanaan portal ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (Mampu).

“Portal ini akan meliputi semua bidang Islam antaranya soal jawab agama, baitulmal, ibadah haji, wakaf dan status makanan halal,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.islamgrid.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai portal tersebut.

– Bernama