Prasarana menasihati pengguna guna kad MyRapid

Prasarana menasihati pengguna guna kad MyRapid

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menasihati pengguna LRT menggunakan kad MyRapid untuk memudahkan mereka dan memendekkan masa perjalanan.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menasihati pengguna LRT menggunakan kad MyRapid untuk memudahkan mereka dan memendekkan masa perjalanan.

Pengarah Kumpulan Bahagian Rel Prasarana Khairani Mohamed berkata ramai pengguna LRT memilih untuk membeli tiket sehala daripada kad MyRapid berdasarkan pada pemerhatian.

“Menggunakan tiket untuk perjalanan sehala, penggunan hanya perlu beli tiket sehala walaupun ingin menukar laluan. Jadi saya cadangkan kepada pengguna menggunakan kad MyRapd,” katanya dalam kenyataan semalam.

Prasarana yang mengendalikan dua laluan LRT, Kelana Jaya dan Ampang melalui subsidiarinya, RapidKL, telah melaksanakan sistem tiket integrasi, Pungutan Tambang Automatik (AFC) sejak Isnin lepas.

Sistem ini membolehkan pengguna hanya menggunakan satu tiket walaupun menukar laluan menerusi AFC dengan menggunakan kad nilai MyRapid atau untuk laluan sehala, yang boleh dibeli di Mesin Runcitan Tiket (TVM).

Beliau berkata setakat ini lebih 40,000 kad MyRapid telah dijual.

–  Bernama