Banjir di Kelantan semakin pulih

Banjir di Kelantan semakin pulih

Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa menurun kepada 199 orang membabitkan 43 buah keluarga sahaja.

Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa menurun kepada 199 orang membabitkan 43 buah keluarga sahaja.

Sehingga kini tiga sahaja pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu dua di daerah Pasir Mas dan sebuah di Tumpat.

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan penurunan kepada 9.58 meter  tetapi masih melebihi paras bahaya 9 meter.

Keadaan cuaca di Kelantan kini panas dan cerah sejak beberapa hari lepas.

– Bernama