Sebanyak 54 kampung di Paitan berisiko dilanda banjir

Sebanyak 54 kampung di Paitan berisiko dilanda banjir

Sebanyak 54 kampung di Daerah Kecil Paitan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dilanda banjir, kata Penolong Pegawai Daerahnya Elias Abdul Hamid.

Sebanyak 54 kampung di Daerah Kecil Paitan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dilanda banjir, kata Penolong Pegawai Daerahnya Elias Abdul Hamid.

Menurut beliau jika berlaku banjir kebanyakan kampung terbabit menghadapi masalah putus hubungan jalan raya akibat dinaiki air banjir.

“Pendekatan terbaik bagi menghadapi banjir telah diambil melalui Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dan ini termasuklah kaedah penghantaran bantuan makanan kepada penduduk kampung terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menpengerusikan mesyuarat persediaan menghadapi banjir hari ini.

Elias berkata jawatankuasa itu telah bersiap sedia bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Katanya antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan bagi menyalur bantuan di kawasan berisiko dilanda banjir.

Beliau mengingatkan semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung dan ketua kampung supaya bertindak pantas memaklumkan kepada jawatankuasa itu sekiranya kawasan kampung mereka dinaiki air.

Menurutnya bungkusan bantuan yang disalurkan pihaknya adalah untuk mangsa terjejas banjir dan bukannya untuk rumah terjejas banjir, manakala bantuan wang ehsan sebanyak RM500 hanya diberikan kepada mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan banjir.

– Bernama