Ahli bahasa sokong kerajaan mansuh PPSMI

Ahli bahasa sokong kerajaan mansuh PPSMI

Ahli bahasa dari institusi-insitusi pendidikan memberi sokongan padu terhadap keputusan kerajaan memansuhkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia Prof Dr Awang Sariyan berkata, kajian para sarjana bahasa dan Kementerian Pelajaran sendiri menunjukkan bahawa PPSMI tidak mencapai matlamat sasaran yang ditetapkan iaitu untuk meningkatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Katanya pemansuhan itu memang kena pada tempatnya kerana ia tidak selaras dengan akta pendidikan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara ini.

“Kita tidak mahu apa-apa program pendidikan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan negara,” katanya semasa menyampaikan ceramah umum yang bertajuk ‘Dasar Bahasa Kebangsaan Dalam Pembinaan Negara Malaysia’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

See also  DRB-HICOM University: Affordable loans now available

“Ternyata PPSMI bukan sahaja tak mampu atau tidak dapat meningkatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, malah menjejaskan dalam soal penguasaan ilmu,” kata Awang yang juga bekas Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti Pengajian Asing Beijing.

“Tujuan kita mengajar sains, matematik supaya pelajar kita mencapai keupayaan tinggi mendapat ilmu, tetapi dengan menggunakan Bahasa Inggeris, dengan sendirinya menjejaskan usaha itu dan ilmu yang sepatutnya dikuasai tidak tercapai dan ini satu kerugian besar kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran melalui kajian yang dibuat pada 2008 mendapati keputusan yang nyata bahawa pembelajaran dua subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris hanya mencapai tiga peratus sahaja.

See also  Sunway Uni hosts Times Higher Education Asia Summit

– Bernama