Sektor bekalan air perlukan lebih ramai tenaga mahir

Sektor bekalan air perlukan lebih ramai tenaga mahir

Malaysia memerlukan bekalan tenaga mahir berterusan bagi memperkasakan sektor bekalan air.

 

Malaysia memerlukan bekalan tenaga mahir  berterusan bagi memperkasakan sektor bekalan air.

Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air Ir Dr Hasnul Mohamad Salleh berkata  berikutan meningkatnya bilangan penduduk, permintaan turut berkembang, bukan sahaja untuk bekalan air yang cekap, malah air bersih dan berkualiti.

“Loji rawatan baharu dibina dan teknologi baharu diguna pakai.

“Ini tidak bermakna kita tidak mempunyai cukup tenaga pekerja, tetapi  petugas sedia ada tidak lagi mencukupi untuk melaksanakan kerja itu tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Jurutera Air Daerah ke-24, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merasmikan mesyuarat itu.

Hasnul berkata mesyuarat itu akan memberi tumpuan terhadap merangka pelan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu-isu seperti memastikan bekalan air yang mencukupi serta air bersih.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Sementara itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur, berkata beliau menunggu keputusan mesyuarat itu bagi memmandu kementeriannya meningkatkan bekalan air di Sabah, terutama di kawasan luar bandar.

– Bernama