Tanah Wilayah Orang Asli Paya Pelong di ceroboh lagi

PAHANG – Penduduk setempat digemparkan dengan kehadiran beberapa buah jentera berat di kawasan tanah Wilayah Orang Asli Paya Pelong, Rekoh dan Berdut semalam.

Penduduk setempat digemparkan dengan kehadiran beberapa buah jentera berat di kawasan tanah Wilayah Orang Asli Paya Pelong, Rekoh dan Berdut yang sedang membuat kerja-kerja menolak tanah sehingga semalam.

Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Jahut di Kampung Paya Pelong, Paya Rekoh dan Berdut (dahulu dikenali sebagai Lakom) telah di ambil oleh Felda.

Pada mulanya, hanya 2415 ekar tanah yang diceroboh.

Pencerobohan ini telah berlaku semenjak tahun 1970 lagi iaitu sejak pelan yang telah diwartakan untuk Lakom di ambil pegawai JOA, Tuan Badilah sekitar tahun 1960.

Ramlie Saad penduduk Kg Rekoh menunjukan Tanah Dan Wilayah Adat di ceroboh

Menurut Shafie Dris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat Kg Paya Pelong, Paya Rekoh dan Kampung Berdut menerusi emailnya berkata pihaknya telah berbincang dengan Tok Empat Felda Jenderak Selatan dan disaksikan oleh Pegawai Polis, ASP Hanif.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Dalam perbincangan itu, Tok Empat dan juga rakannya telah berjanji akan menghentikan kerja-kerja menceroboh tetapi mereka didapati telah memungkiri janji. Shafie Idris berkata demikian kerana,Tok Empat dan juga rakannya telah bertindak meneruskan kerja-kerja pencerobohan sejurus beberapa hari Pengerusi AJK tersebut menyerahkan surat aduan ke pejabat Tanah dan Galian Daerah Temerloh pada 21 Jun 2012, baru-baru ini.

Batin Harun al Sok Batin Paya Pelong menyerahkan surat bantahan kepada wakil Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Temerloh

Di antara isi kandungan surat yang dihantar pejabat Tanah Daerah Temerloh, AJK meminta supaya pihak berkuasa berkenaan membuat penyiasatan ke atas pencerobohan dan menghentikan segala aktiviti yang sedang berjalan di kawasan yang terbabit.

Selain itu, dinyatakan juga beberapa tuntutan oleh mereka.

Sehingga hari ini, anak-anak peneroka masih menunggu dan mengawal kerja-kerja pencerobohan ke atas kawasan Tanah dan Wilayah Adat mereka.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Azizan Yunus