Petikan gitar Zulhelmi memikat juri

Petikan gitar Zulhelmi memikat juri

Petikan gitar solo bertenaga oleh Zulhelmi Ibrahim dari Jabatan Penguatkuasa yang mencuri perhatian juri membolehkan beliau dinobatkan johan Bakat Muzik.

Photo by mazwebs

Petikan gitar solo bertenaga oleh Zulhelmi Ibrahim  dari Jabatan Penguatkuasa yang mencuri perhatian juri membolehkan beliau dinobatkan johan Bakat Muzik  dalam pertandingan Bakat Budaya Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diadakan di Dewan Hamzah, di sini.

Sementara itu, Jabatan Khidmat Pengurusan muncul naib johan  dan wakil Jabatan Kejuruteraan, Abu Nasir Mat Salleh ketiga dalam pertandingan yang disertai lapan peserta bagi kategori itu.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA), Norfiza Mahfiz berkata, selain daripada Bakat Muzik,acara nyanyian solo turut dipertandingkan dan dimenangi Nurul Ashikin Mohd Sapuan dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta.

“Seramai 14 peserta menyertai pertandingan bagi kategori nyanyian solo dan  ia menerima sambutan menggalakkan daripada kakitangan majlis.

See also  Malaysian sensation Lingling set to capture hearts in K-Pop's I-LAND 2

“Malah setiap peserta dan kumpulan juga menunjukkan komitmen membanggakan sebelum pertandingan dengan persiapan yang teliti  daripada mereka” katanya.

Norfiza berkata, pertandingan yang diadakan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta disamping acara sampingan untuk mengeratkan lagi perhubungan di kalangan warga MPK.

Hadir sama pada pertandingan itu ialah Pengarah Jabatan Korporat, Dawari Daud,Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan, Zulkifli Abas, pegawai dan kakitangan yang lain.