MPK buka kaunter pembaharuan lesen perniagaan

MPK buka kaunter pembaharuan lesen perniagaan

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan membuka kaunter memperbaharaui lesen perniagaan 2012 di beberapa lokasi terpilih bermula bulan depan.

Dari Majlis Perbandaran Klang

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan membuka kaunter memperbaharaui lesen  perniagaan 2012 di beberapa lokasi terpilih bermula bulan depan.

Pengarah Jabatan Komunikasi  Dan Pengaduan Awam,Norfiza Mahfiz berkata,kaunter itu akan dibuka mulai sepanjang bulan Disember  mengikut waktu yang ditetapkan.

Menurutnya, kesemua lesen boleh diperbaharui pada waktu itu kecuali beberapa lesen antaranya Rumah Urut Dan Reflekslogi, Hiburan, Pusat Siber, Besi Buruk, Premis Makanan, Tadika dan Kilang Tanpa Izin.

“Kesemua lesen dikecualikan ini hanya boleh diperbaharui pada waktu pejabat sahaja dan orang ramai boleh datang ke kaunter pada hari bekerja.

“Selain daripada itu,kewujudan kaunter ini juga akan memudahkan orang ramai untuk memperbaharui lesen mereka kelak” katanya.

Norfiza berkata, antara lokasi berkenaan ialah di Kompleks Giant Hyper Market,Bukit Raja,Jaya Jusco Bukit Tinggi, Giant Bukit Tinggi dan Kompleks Pasar Besar Meru.

Menurutnya, kaunter itu juga akan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dan pemilik boleh menyemak jadual di Laman Web MPK atau Facebook Saluran Komunikasi MPKlang untuk mengetahui waktu dan hari bagi  pembayaran di situ.