SRS diarah bantu mangsa banjir

SRS diarah bantu mangsa banjir

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan mengarahkan 26,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) membantu perpindahan penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan mengarahkan 26,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) membantu perpindahan penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Pengarahnya, Abdul Hadi Mohd Salleh berkata mereka juga diminta mengawal rumah mangsa daripada diceroboh individu tidak bertanggungjawab yang bertujuan mencuri barangan.

“Kita perlu jaga dan kawal rumah mereka selepas berpindah kerana banjir… kita bimbang ada orang yang mengambil kesempatan menceroboh rumah untuk mencuri barangan berharga.

“Kita memberi jaminan anggota kita akan mengawal kediaman penduduk yang ditenggelami banjir,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata SRS dianggap mampu membantu pasukan penyelamat lain kerana mereka mempunyai banyak pengalaman selepas kerap berdepan situasi sedemikian sebelum ini.

Katanya, 365 SRS ditubuhkan setakat ini dan hampir setiap kampung mempunyai pasukan kawalan pada hari biasa atau musim banjir.