Ku Li saran guru diberi penghargaan lebih

Ku Li saran guru diberi penghargaan lebih

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kerajaan supaya memberi pelbagai penghargaan kepada guru yang berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kerajaan supaya memberi pelbagai penghargaan kepada guru yang berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

Beliau berkata berbanding penjawat awam lain, tugas guru lebih berat demi meletak asas kepada masa depan rakyat.

Walaupun sudah banyak penghargaan diberikan kerajaan, ia belum memadai membalas curahan bakti seorang guru, katanya semalam.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, berkata bidang pendidikan di negara ini bertambah baik berikutan usaha kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran selaras perkembangan semasa.

Beliau juga meminta kerajaan agar mengkaji semula dasar pengambilan buruh asing untuk memastikan peluang pekerjaan bagi belia tempatan tidak terjejas.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

– Bernama