MIC bimbang kaum India tidak undi mereka

Ketua Dewan Himpunan penyokong PAS Melaka S Rathakrisna berkata pengerusi MIC G Palanivel tidak mengeluarkan kenyataan untuk membela orang India seperti yang berlaku kepada Ambiga selepas Himpunan Bersih 3.0 Duduk dan Bantah yang berlaku pada 28 April 2012 yang lalu.

Selepas dua bulan berlalu, barulah pengerusi MIC itu mula sedar dan bimbang akan pengaruh undi orang India yang marah kepada mereka dan sejurus perkara itu barulah pembelaan ke atas S Ambiga dimulakan selepas keyakinan rakyat terhadap MIC kian merosot semenjak akhir-akhir ini.

Semenjak dari itu, barulah MIC bersuara membuat kenyataan pembelaan ke atas Ambiga.

Sikap lambat pengerusi MIC membuat kenyataan itu ibarat ‘tubelight’ tetapi selepas Ambiga diugut untuk dihukum gantung sampai mati barulah beliau sedar dan mula bertindak.

Sehari selepas itu beliau memberi kenyataan membela Ambiga yang berbunyi “Jangan ganggu Ambiga, jangan heret Ambiga, jangan cakap macam ini nanti undi orang India hilang”.

Rathakrisna berkata, pengerusi MIC hanya mementingkan undi semata-mata sebaliknya mengabaikan tanggungjawab sebagai ahli politik yang sepatutnya membela nasib seorang rakyat yang tidak bersalah sehingga diugut dihukum gantung oleh seorang ahli perlimen dari komponen Barisan
Nasional.

Keselamatan seorang rakyat biasa tidak penting sebaliknya mementingkan undi dari nyawa individu.

“Saya cabar Datuk Palanivel memberitahu Najib, mendesak Datuk Mohd Aziz (ahli parlimen Sri Gading) meletakkan jawatan jika beliau seorang yang berani. Bagi kenyataan ini kepada Najib atau jangan letakkan dia (Datuk Mohd Aziz) sebagai pemimpin.

Azmi

Photographer

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE