Kelas agama untuk kanak-kanak

Kelas agama untuk kanak-kanak

Satu modul telah dirangka untuk membantu kanak-kanak mendalami aspek keagamaan.

Kuil Hindu akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan aktiviti sosial melalui sumber kewangan yang diperolehi daripada kerajaan dan masyarakat tempatan untuk kepentingan semua insan, ujar Pengerusi Jawatan kuasa Pendidikan Kuil Sri Raja Rajeswari, Ravichandran.

Menurut beliau, satu modul telah dirangka untuk membantu kanak-kanak mendalami aspek keagamaan yang menjadi tunjang perkembangan insaniah dan kemantapan diri seseorang individu.

Peringkat permulaan modul kelas keagamaan ini akam memberi fokus kepada kanak-kanak di dalam lingkungan umur 4 hingga 7 tahun. Modul ini akan menyentuh kaedah-kaedah upacara keagamaan serta mengenali dan memahami elemen-elemen di kuil.

Aktiviti ini yang dijadualkan setiap padi Sabtu selama 2 hingga 3 jam, telah mendapat perhatian dan sokongan dari masyarakat persekitaran.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Ravichandran, sebagai pengelola acara ini telah menyediakan pelbagai acara yang menarik minat kanak-kanak seperti mewarna, pertunjukkan slide serta upacara sembahyang.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil, Palaiya, menyatakan bahawa aktiviti sedemikian akan dibuka kepada golongan remaja dan golongan muda supaya boleh menangani masalah sosial disamping memberi manfaat yang berguna.