Lapan kaunter Perkeso dibuka setiap Sabtu

Lapan kaunter Perkeso dibuka setiap Sabtu

Lapan kaunter pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dibuka setiap Sabtu dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Lapan kaunter pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dibuka setiap Sabtu dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Pengurus Cawangan Khidmat Pelanggan Perkeso, Azhar Md Nazri berkata kaunter yang terlibat ialah Pejabat Perkeso Kuala Lumpur di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak; Pejabat Perkeso di Petaling Jaya; Pejabat Perkeso di Johor Baharu; Pejabat Perkeso di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Pejabat Perkeso di Ipoh; Pejabat Perkeso di Seremban dan Pejabat Perkeso di Klang.

Beliau berkata langkah membuka lapan kaunter itu bertujuan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan Perkeso kepada pelanggannya.

Perkeso boleh dihubungi melalui talian 03-4257 5755 atau www.perkeso.gov.my untuk keterangan lanjut.

– Bernama