Festival kesenian kanak-kanak menarik minat generasi baru

Festival kesenian kanak-kanak menarik minat generasi baru

Festival Kesenian Kanak-kanak Sarawak anjuran JKKN Sarawak di Kampung Budaya Sarawak telah membantu menarik minat generasi baru kepada seni dan budaya tempatan.

Festival Kesenian Kanak-kanak Sarawak anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak selama tiga hari berakhir hari ini di Kampung Budaya Sarawak telah membantu menarik minat generasi baru kepada seni dan budaya tempatan.

Pemangku Pengarah JKKN Sarawak Saini Lihi berkata program itu merupakan antara usaha berterusan bagi memelihara kekayaan seni dan budaya tempatan sekaligus memastikan ia tidak akan pupus.

“Generasi muda hari ini merupakan pewaris kepada kekayaan seni dan budaya kita yang tidak ternilai dan ia perlu terus dipelihara melalui program-program seperti ini,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan festival itu hari ini.

Saini berkata program itu, yang diperkenalkan pada 2008, menarik penyertaan 2,000 pelajar sekolah rendah dan menengah. Festival itu merupakan kemuncak Program Bimbingan Seni selama enam bulan anjuran JKKN dengan kerjasama Jabatan Pelajaran.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

– Bernama