MIA akan umum keputusan peperiksaan esok

MIA akan umum keputusan peperiksaan esok

Institut Perakaunan Malaysia (MIA) akan mengumumkan keputusan Peperiksaan Kelayakan (MIA QE) yang diduduki pada September 2011, esok.

Institut Perakaunan Malaysia (MIA) akan mengumumkan keputusan Peperiksaan Kelayakan (MIA QE) yang diduduki pada September 2011, esok.

MIA dalam satu kenyataan hari ini berkata sejumlah 206 calon menduduki peperiksaan itu yang diadakan dari 28-29 September di lima pusat peperiksaan iaitu di UiTM Shah Alam dan pejabat MIA di Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Slip keputusan akan dihantar kepada semua calon dan keputusan QE juga boleh diakses menerusi dalam talian di www.mia.org.my,” kata MIA.

Ia berkata calon-calon juga boleh pergi ke pejabat utama MIA di Kuala Lumpur atau cawangan-cawangannya untuk mengambil keputusan.

“Bagi meraikan semua calon yang menyudahkan MIA QE tahun ini, majlis Graduasi MIA QE ketiga akan diadakan tidak lama lagi dan majlis itu akan dianjurkan pada pertengahan Disember 2011,” kata MIA.

See also  APU lecturer's animated film wins award at festival

MIA QE kali pertama diadakan pada September 2003 sebagai laluan alternatif bagi graduan perakaunan, perniagaan dan kewangan untuk layak sebagai akauntan.

– Bernama