Microsoft menganjurkan persidangan di Kuala Lumpur

Microsoft menganjurkan persidangan di Kuala Lumpur

Microsoft (M) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Microsoft Corp, akan menganjurkan persidangan “Microsoft Accelerating Asia Pacific” 2011 yang kedua di sini pada 6-7 Disember.

Microsoft (M) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Microsoft Corp, akan menganjurkan persidangan “Microsoft Accelerating Asia Pacific” 2011 yang kedua di sini pada 6-7 Disember.

Persidangan dua hari itu akan mengetengahkan bagaimana gabungan teknologi Microsoft dan kerjasama tempatan boleh memberikan kesan positif kepada isu-isu kemasyarakatan seperti pendidikan, pembangunan tenaga kerja dan maklum balas bencana keseluruhan Asia, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah urusannya Ananth Lazarus berkata: “Microsoft, menerusi pekerja dan kerjasamanya, akan terus menjadi rakan jangka panjang dan dipercayai Malaysia
dalam merealisasikan aspirasi negara ke arah penambahbaikan perkembangan ekonomi dan sosial.”

Persidangan itu akan menyaksikan para penceramah dari Microsoft serta TechSoup Asia, AbleGamers Foundation dan Persatuan Pembangunan Populasi dan Komuniti (PDA) Thailand.

See also  Digital Zero's Terer App takes center stage in beverage sector

– Bernama