Pelajar sertai tilawah anjuran Kedutaan Arab Saudi

Seramai 62 pelajar Maahad Tahfiz, sekolah agama dan sekolah biasa dari Kuala Lumpur dan Selangor menyertai tilawah al-Quran anjuran Kedutaan Arab Saudi di sini mulai hari ini dan berakhir Jumaat.

Pengetua program itu Syed Imad Nihad Barakh berkata tilawah yang diadakan untuk kali kedua itu bertujuan menggalakkan golongan muda membaca al-Quran dengan baik.

Pemenang akan menerima hadiah wang dan sijil.

– Bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE