Hak Orang Asli diabaikan demi sebuah pembinaan tapak letak kereta

PAHANG – Di Kampung Sungai Engang sebuah perkampungan Orang Asli berhampiran daerah Lancang, Pahang, telah mendakwa ada sekumpulan juruukur dari Sarawak (menurut penduduk) datang melakukan kerja kerja pengukuran di kawasan rumah mereka.

Balang Endai, 65 menunjukkan kearah pokok kelapa yang ditanda untuk dijadikan tapak letak kereta

Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong usaha Bangsa Bangsa Bersatu di New York dalam Deklarasi Tehadap Hak Orang Asal Sejagat (UN- DRIP) yang memgiktiraf hak tanah kepada Orang Asal pada tahun 2007 yang lalu, pada dasarnya bertanggungjawab dalam membela hak Orang Asal atau Orang Asli di negara ini sebagai warganegara Malaysia.

Diketahui umum Malaysia mempunyai rekod yang baik di kalangan pertubuhan antarabangsa itu tetapi masih ada isu isu yang tidak senang kedengaran dari mulut mereka yang terbabit (Orang Asal) terutamanya yang melibatkan masalah pencerobohan tempat tinggal, hak dan keselamatan awam mereka sebagai penduduk asal negara ini.

Di Kampung Sungai Engang sebuah perkampungan Orang Asli berhampiran daerah Lancang, Pahang, telah mendakwa ada sekumpulan juruukur dari Sarawak (menurut penduduk) datang melakukan kerja kerja pengukuran di kawasan rumah mereka.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Menurut penduduk kampong tersebut lagi,apabila para pekerja itu ditanya mengapa ada kerja mengukur di kawasan tempat tinggal mereka, pekerja pekerja itu memberitahu bahawa pihak PERHILITAN sedang membina pagar harimau di kawasan bukit bukau bersebelahan dengan kampong tersebut dan telah memberitahu bahawa kawasan kampong mereka itu akan dijadikan sebagai pusat tempat letak kereta untuk kemudahan pengunjung di kawasan Pelancongan Kuala Ganderah.

Cat biru yang dijadikan tanda oleh juruukur
Lagi tanda cat biru yang ditandakan oleh juruukur berhampiran rumah beliau

Apa yang dikesali penduduk ialah mereka tidak pernah diberitahu tentang projek pembinaan akan dilakukan oleh pihak PERHILITAN di kawasan kampong mereka malah kebenaran juga tidak pernah diminta oleh pihak terbabit daripada penduduk kampong mereka.

Balang Endai, 65 dengan nada kecewa memberitahu bahawa mereka hanya datang ukur dan buat sahaja. Menurut rekod yang ada kali ini adalah kali kedua dalam masa tiga tahun tanah Orang Asli dirampas untuk dijadikan tapak pembinaan tempat letak kereta.
Shafie Dris seorang aktivis Orang Asli yang giat membela dan memperjuangkan hak hak Orang Asli di negara ini telah meluahkan rasa kekecewaannya terhadap masalah ini dan berkata kerajaan harus bertanggungjawab terhadap hak dan keselamatan Orang Asli di perkampungan tersebut.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Beliau yang mewakili Jaringan Kampung Orang Semenanjung Malaysia atau JKOASM juga menegaskan bahawa kampong yang diduduki penduduk Orang Asli ini telah didiami oleh mereka sejak turun temurun lagi dan perkara ini diketahui umum oleh kerajaan negeri Pahang, tetapi itu tidak menjadi halangan untuk mereka menidakkan hak asasi Orang Asli di Pahang.

Beliau juga mendakwa kerajaan lebih mementingkan keuntungan semata mata tanpa mengendahkan hak hak Orang Asli di negara ini sebagai warganegara yang sah.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.