Grand Saisaki akan buka 7 restoran Shogun menjelang 2014

Grand Saisaki akan buka 7 restoran Shogun menjelang 2014

The Grand Saisaki Group merancang membuka sehingga tujuh Restoran Bufet Jepun Shogun di seluruh negara menjelang 2014 bagi memenuhi permintaan dan minat yang semakin meningkat terhadap makanan Jepun.

The Grand Saisaki Group merancang membuka sehingga tujuh Restoran Bufet Jepun Shogun di seluruh negara menjelang 2014 bagi memenuhi permintaan dan minat yang semakin meningkat terhadap makanan Jepun.

Pengarah Urusannya, Datuk Michael Chong berkata kumpulan itu merancang membuka restoran setiap satu di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan dua atau tiga lagi di kawasan Lembah Klang.

Chong berkata jualan daripada rantaian restoran Jepunnya telah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Selain daripada aneka makanan yang sentiasa ditambah baik, saya rasa alasan lain bagi peningkatan itu ialah jabatan jualan dan pemasaran baharu yang ditubuhkan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan rasmi restoran kelimanya di sini, semalam.

See also  LamboCellar presents French champagne dining experience

Beliau berkata syarikat itu merancang membelanjakan antara RM1 juta dan RM1.2 juta bagi pengiklanan dan promosi tahun depan.

Chong berkata kumpulan itu melabur kira-kira RM4 juta bagi restoran baharu seluas 29,000 kaki persegi itu yang terletak di Soho KL Solaris Mont Kiara dan dijangka menyumbang kira-kira 30 peratus kepada keseluruhan pendapatan.

Di masa depan, katanya, kumpulan itu merancang melabur kira-kira RM30 juta bagi membuka 100 restoran makanan sihat Jepun, Shogun Express, di seluruh negara dalam masa dua tahun akan datang.

“Kami akan mula membuka restoran Shogun Express ini tahun depan, kemungkinan 10 pada satu masa.

“Pelanggan boleh menikmati makanan Jepun pada harga antara RM6.90 dan RM11.90,” katanya.

See also  Joybean Malaysia introduces four new 100g potato chips

Beliau berkata restoran Shogun Express akan menjadi alternatif kepada restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut.

– Bernama