Remaja prihatin menganjur acara ‘makanan bukan periuk api’

Keperihatinan sekumpulan remaja terhadap¬†¬†kemiskinan dan orang yang tiada tempat tinggal dalam masyarakat telah mendorong mereka mengadakan suatu acara yang dinamakan ‘Makanan Bukan Periuk Api’ yang diadakan di Bandaraya Johor Bahru, sini, semalam.

Pada acara ini mereka mengagihkan makanan, pakaian dan buku kepada orang yang memerlukan.

Turut juga diadakan kumpulan diskusi kecil untuk berkongsi pendapat antara peserta yang hadir.

Penganjur acara, Diffan memberitahu CJMY bahawa acara ini telah diadakan buat kali kedua di Bandaraya ini dan menyatakan bahawa kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya.

Hal ini demikian kerana lebih ramai yang turut serta dan disikan dengan beberapa aktiviti tambahan.

Diffan menyatakan beliau telah mendapat inspirasi daripada acara “Buy Nothing day” yang diadakan di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.

Beliau berharap agar acara ini dapat dimanfaatkan dan mengujudkan kesedaran kepada orang ramai.