JPN: Pusat peperiksaan SPM alternatif jika banjir

JPN: Pusat peperiksaan SPM alternatif jika banjir

JPN Kelantan akan menyediakan pusat peperiksaan alternatif jika pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah seluruh negeri ini dilanda banjir.

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan akan menyediakan pusat peperiksaan alternatif jika pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah seluruh negeri ini dilanda banjir.

Pengarahnya Hussain Awang berkata jabatan itu membuat perancangan awal menerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Tindakan Bersama Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Kelantan bagi memastikan pelajar dapat menjalani peperiksaan SPM dengan lancar walaupun banjir.

“Antara langkah yang diambil ialah menyediakan pusat peperiksaan alternatif semasa banjir dengan pelajar boleh menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan berdekatan tanpa perlu ke tempat peperiksaan sebenar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jika situasi banjir tidak membimbangkan, pusat peperiksaan alternatif itu mungkin ditempatkan di bahagian atas bangunan sekolah.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian builders 

Selain itu, JPN Kelantan mendapatkan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagi SPM tahun ini, sebanyak 336 pusat peperiksaan disediakan untuk 42,797 calon berdaftar di seluruh negeri ini.

– Bernama