Kedai 1Malaysia mula operasi di Kedah bulan depan

Kedai 1Malaysia mula operasi di Kedah bulan depan

KR1M akan mula beroperasi di Kedah awal bulan depan bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan mula beroperasi di Kedah awal bulan depan bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan mula beroperasi di Kedah awal bulan depan bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah Mohd Sakri Saleh berkata untuk permulaan, dua kedai KR1M akan diwujudkan iaitu di Menara Peladang, Jalan Teluk Wanjah di sini dan Padang Sera, Kodiang di daerah Kubang Pasu.

Beliau berkata awal tahun depan pihaknya mensasarkan untuk mewujudkan satu kedai KR1M di setiap daerah di negeri ini.

“Kedai di Menara Peladang dan Padang Sera itu sebenarnya telah siap 100 peratus selepas proses pengubahsuaian dan hanya menunggu untuk barang-barang dibawa masuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bagi daerah lain, pihaknya telah memilih tapak yang sesuai untuk dibina kedai KR1M dan pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) akan melawat tapak berkenaan sebelum kedai itu boleh dilaksanakan.

“Untuk kedai KR1M di kawasan utara, ia memerlukan kawasan yang lebih besar kerana ia akan melibatkan stor berbanding kedai di Lembah Klang yang tidak
memerlukan stor,” katanya.

Beliau yakin kedai KR1M ini akan mendapat sambutan daripada rakyat di negeri ini apabila dibuka nanti kerana ia menawarkan harga yang murah.

Mohd Sakri berkata PPDNKK Kedah hari ini mengadakan taklimat KR1M dan pendaftaran Kad Meriah Mydin bagi peruncit yang berminat mendapatkan barangan daripada kedai itu.

“Mydin mensyaratkan peruncit perlu ada Kad Meriah untuk membeli barangan daripada KR1M. Kira-kira 200 peruncit dari seluruh Kedah dijemput untuk hadir pada majlis itu,” katanya.

– Bernama