Debate Malaysia on Indian needs

KLANG – Tamil Debate Malaysia – Pendidikan Pengundi (Voter education) telah diadakan di Dewan Hamzah Klang bagi pada 14hb Julai 2012.

Debate Malaysia-Pendidikan Pengundi (Voter education) dalam bahasa tamil  telah diadakan di Dewan Hamzah Klang bagi pada 14hb Julai 2012.

Forum dalam bahasa Tamil yang berlangsung selama tiga jam ini  telah memberi fokus kepada isu-isu halatuju pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan budaya serta politik masyarakat India.

Sessi forum ini memberi maklum balas segera berdasarkan soalan-soalan yang dilontarkan oleh moderator serta para penonton kepada panelist secara spontan.

Panelist-panelist utama bagi forum ini ialah Penasihat Tamil Foundation K Arumugam, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, S Ramakrishnan speaker Dewan negara, serta David Anand, pengasas Debate Malaysia sebagai moderator dalam  sessi forum ini.

Mengulas lanjut David Anand berasa kesal kerana wakil MIC dan PKR tidak menyertai forum ini walaupun telah dijemput.

Penasihat Tamil Foundation K.Arumugam

Menjawab soalan pendidikan K Arumugam menjelaskan bahawa pendidikan adalah hak asasi dan menentukan pembangunan sesebuah masyarakat.

Oleh yang demikian katanya “sekolah tamil atau sekolah jenis kebangsaan  ini haruslah disatukan dibawah satu bumbung yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan dan memberi keutamaan kepada pendidikan samarata kepada semua”.

Mengulas persoalan mengenai pelan transformasi dan gaji minima. Sejauhmanakah dapat menjadi kenyataan.

Menjawab persoalan ini S Ramakrishnan menjelas “pelan transformasi memberi fokus kepada  Negara berpendapatan tinggi, sedangkan gaji minima RM900 pun masih belum dilaksanakan, bagaimana ia boleh memberi kebaikan kepada masyarakat berpendapatkan rendah”.

Jelasnya, pelan transformasi ini melibatkan projek-projek besar yang melibatkan syarikat-syarikat multinasional dan GLC.

Tambah beliau, gaji minima juga telah disalahtafsirkan oleh pihak majikan dengan mengambil kira elaun sekali. “Bagaimana ini  boleh memberi faedah kepada masyarakat kita, sekiranya seorang pekerja menerima gaji RM900 yang telah dicampurkan dengan elaun-elaun lain.

Menjawab soalan yang sama Charles Santiago pula berkata “Negara kita masih mengamalkan dasar gaji rendah, dimana golongan  miskin  mengsubsidikan golongan kaya dengan memberi alasan negara kita tidak akan dapat bersaing dengan negara-negara seperti Vietnam, China dan sebagainya sekiranya gaji dinaikkan”.

Katanya negara-negara tersebut mampu bersaingan kerana mereka memperluaskan pengunaan teknologi maklumat manakala Malaysia pula merendahkan gaji pekerja-pekerja.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago bersama S Ramakrishnan, speaker Dewan Negara.

 

 

Rajeswari