Bau busuk dari pusat pemeliharaan anjing di Penampang

Penduduk Kampung Gambong Bukitas, Penampang baru-baru ini telah mengadu mengenai pemeliharaan anjing di yang menyebabkan keeadaan persekitaran yang amat tidak menyenangkan daripada bau najis anjing dan ditambah pula dengan bunyi salakan anjing.

Penduduk kampung juga mengeluh dengan bertambahnya lalat di kawasan kediaman mereka, disebabkan najis anjing yang disalur terus ke parit saliran air yang dibina untuk petani.

Penduduk kampung, Menurtu menyatakan bahawa perkara tersebut telah pun disampaikan kepada JKKK Kampung berkenaan setahun yang lalu tetapi tiada tindakan susulan yang diambil.

Seorang pegawai daripada Majlis Daerah Penampang yang datang melawat kawasan itu menyatakan bahawa masalah tersebut bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Aduan juga telah disampaikan kepada Jabatan Saliran dan Pengairan namun sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil.